Jumlah Paparan Halaman

Pengenalan

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun penubuhan Javed Magic Touch, tempahan dari butik-butik pakaian di sekitar Klang Valley semakin meningkat.

Setakat ini, saya masih beroperasi dari rumah sahaja kerana masih mencari lokasi kedai yang bersesuaian. Walaupun tiada butik sendiri, saya berasa bangga kerana hasil kerja tangan saya dipamerkan di butik-butik tersohor di Kuala Lumpur. Kebanyakan pelanggan saya, pemilik-pemilik butik yang berada di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Terima kasih buat rakan kongsi saya, Puan Azliana yang sentiasa percaya yang usaha saya ini akan membuahkan hasil yang tidak dijangka suatu hari nanti. Beliau telah membuka syarikat Javed Magic Touch untuk memudahkan saya mengambil tempahan dari butik-butik tempatan. 

Nama syarikat, Javed Magic Touch di ambil bersempena dengan nama gelaran saya "Javed"...dan Magic Touch bermaksud "sentuhan jahitan ajaib"..katanya dia kagum melihat jahitan saya apalagi dengan kekemasan menjahit kain chiffon dan lain-lain kain lembut sehalus sutera.

Saya sentiasa berdoa agar suatu hari nanti saya dapat memiliki butik saya sendiri, di bawah jenama "Azliana Collection". Moga pembaca blog semua juga mendoakan untuk saya.

Yang benar,
Javed





Tiada ulasan:

Catat Ulasan